Ramai antara kita yang mengalami masalah
kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu
sempit.
Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.
Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan.

Cara mengamalkan Surah Al Waqiah
Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut
1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa
yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan
selamanya "
(Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).
(Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).
2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas
subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.
Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.
Doa sesudah membaca surah al-waqiah
Erti doa surah al-waqiah
“Ya Allah, bahawasanya kami memohon
kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya.
Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya
kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah,
limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki
kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada
di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka
keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami
sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami
di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu
dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”
Di samping mengamalkan surah al-Waqiah ini,
ibadah wajib jangan ditinggal manakala perkara kemungkaran hendaklah
ditinggalkan.
‘’SELAMAT BERAMAL’’
No comments:
Post a Comment