Da lma x berentri kan...bz gilerr ngn keje opis...hujung bulan ari tu seorang staff IKBN meninggal dalam tido ketika mewakili jabatan dalam pertandingan Kemahiran Malaysia dalam bidang fashion....sibuk mengUPDATE data cuti HRMIS agar pencen terbitan untuk anak-anak beliau di permudahkan..Alfatihah untuk allahyarhamah Pn, Zaleha Yahya...berumur 47 tahun...kematiannya amat mengejutkan kerana allahyarhamah tidak mempunyai sebarang penyakit...meninggalkan 4 orang anak yang masih bersekolah...amat menyedihkan kerana beliau seorang yang agak aktif dikalangan orang2 senior...beliau aktif dalam sukan badminton, bowling dan sebagainya...Seminggu sebelum beliau meninggal saya dan anak2 sempat jumpa beliau jogging kt Taman Milenium KKB...siapa sangka seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat pun meninggal dunia...Inilah Ketentuan dan Ketetapan ILAHI...Daripada NYA kita datang Kepada NYA kita kembali....
Gambar Allahyarhamah Pn. Zaleha sebelah saya ...2 dari kiri (Bertudung biru lembut)
Hasil postmortem Doktor mengesahkan masalah penat dan stress yang tinggi menyebabkan ada bengkak di jantung kerana memaksa jantung bekerja keras lebih daripada yang sepatutnya. Sejujurnya di hujung tahun memang sibuk dengan pelbagai audit...bermula audit 5S, ISO...PKM dan mengejar silibus dan task student mungkin membebankan fikiran para pengajar...Saya difahamkan juga hampir setiap tahun beliau memasuki pertandingan PKM ini tetapi pada tahun ini merupakan kejayaan yang besar bagi beliau kerana berjaya ke peringkat saringan akhir....
Di sini saya nak kongsikan beberapa tips bagi mengurangkan STRESS????
Tips mudah untuk mengurangkan stres atau tekanan semasa bekerja.
- Cari punca tekanan – Kadangkala kita sendiri tahu apa yang menyebabkan punca stress di pejabat. Mungkin suasana pejabat, orang-orang di sekeliling kita, bos, atau pekerjaan yang tidak sesuai dengan diri kita. Jadi anda harus mengenalpasti punca tekanan anda terlebih dahulu.
- Berehat sebentar – Bukan mahu galakkan anda ponteng kerja, tetapi cari masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk menenangkan fikiran anda. Seboleh-bolehnya keluar pejabat sebentar untuk tenangkan diri atau tidur sebentar selama 10-15minit di waktu rehat. Cara ini juga dapat membantu anda mengurangkan kekusutan fikiran anda dan ternyata ia membantu!
- Tarik nafas dalam-dalam – Sangat mudah. Pejamkan mata dan tarik nafas dalam-dalam. Ia dapat membantu anda supaya bernafas dengan betul dan mengurangkan tekanan dalam jangka masa yang pendek.
- Berbincang dengan rakan – Masalah takkan selesai jika anda mendiamkan diri dan makan hati. Sebaiknya jika anda segan atau malu berbincang dengan teman sekerja atau bos, anda boleh juga meluahkan ia pada rakan terdekat atau pasangan anda. Mungkin ada idea atau pendapat menarik yang boleh membantu anda menghadapi tekanan di pejabat.
- Buat aktiviti menarik semasa cuti – Walaupun anda menghadapi tekanan di tempat kerja, seeloknya jangan bawa masalah itu kerumah dan membebankan ahli keluarga lain. Di masa senggang, lakukan aktiviti kegemaran anda untuk menghilangkan stress seperti berkelah, karaoke, makan makanan kegemaran, balik kampong dan sebagainya.
- Layari laman web anti-stres – Di internet, terdapat pelbagai laman web yang boleh anda lawati untuk menghilangkan stress di pejabat ( Jika internet tidak di block dipejabat ) seperti 9gag, UberHumor, CollegeHumor, Cracked dan pelbagai lagi. Atau anda boleh melayari YouTube di waktu rehat.
- Bersukan – Jika anda bukan peminat sukan, anda harus mulakannya dari sekarang. Selain dari menyihatkan badan, ia dapat membantu anda menenangkan fikiran. Aktiviti sukan seperti berjoging, bermain badminton, sukan lasak, berenang atau berkunjung ke gimnasium juga baik untuk anda. Di gimnasium juga terdapat kelas aerobic, yoga dan tarian yang boleh menyihatkan tubuh dan minda.
- Ketawa dan senyum – memang sukar hendak ketawa jika sedang berada dalam keadaan stress. Tapi ia tidak mustahil. Cuba fikirkan perkara yang membuatkan anda tersenyum seperti hidangan kek coklat lazat, kekasih hati anda, kereta idaman anda, atau lawak-lawak yang dapat membuatkan anda tersenyum sekurang-kurangnya. Selain itu, tampal kata-kata semangat di bilik pejabat anda untuk menaikkan semangat anda.
- Makan dengan betul – Selalunya bila kita tertekan, kita mudah makan apa saja untuk menghilangkan tekanan. Tetapi ia akan memudaratkan jika anda gagal mengawal pemakanan anda. Seeloknya minum dan makan makanan yang berkhasiat. Memanglah tak salah jika anda mahu mengurangkan stress dengan mengambil coklat atau air berkarbonat, tapi biarlah pengambilannya minimum. Makanan seperti : Ikan, sayur brokoli, pasta, almond, susu, daging, buah bluberi, bawang putih, chamomile merupakan antara menu yang dapat membantu anda mengurangkan stress.
- Cari pekerjaan lain – Jika anda tidak gembira dengan pekerjaan anda sekarang, perlahan-lahan cuba cari pekerjaan yang sesuai dengan anda. Ini juga dapat membantu meringankan tekanan di pejabat yang ada sekarang.
Stress ni boleh dibantu dengan pengambilan B COMPLEX SHAKLEE...
Bagaimana B COMPLEX membantu mengurangkan STRESS ???
- Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
- Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
- Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
- Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
- Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
- Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
- Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
Sekiranya anda berminat dengan vitamin ini, boleh menghubungi saya :
Call/sms/whatsApp : 013 4546943
Fan page : https://www.facebook.com/AdeliaVittaShoppe
Facebook : https://www.facebook.com/lina.a.zarif

















